Latar belakang Metodisme

John Wesley (1703–1791) dan adiknya Charles (1707–1788), memulakan suatu gerakan dalam Gereja England sekitar abad ke-18[3][4] melalui penubuhan sebuah persatuan bernama "Holy Club" di Universiti Oxford.[5] Para ahli dalam kelab ini biasa menjalani hidup berwarak di mana mereka menahan diri daripada berhibur bsecara berlebihan, berpuasa, menghadiri misa mingguan serta menziarahi golongan susah seperti fakir miskin, pesakit dan banduan penjara. Kelompok ini mendapat gelaran mereka sebagai "Metodis" (Methodist) kerana dilihat berkecenderungan mengikut peraturan (rule) dan kaedah atau metode (method) dalam urusan beragama mereka.[6]